03 March 2014

Rindu Zaman Baru Mula Blogging

quotes, myself

Assalamualaikum. Hai semua! Aku rindu zaman baru mula blogging iaitu pada bulan Januari tahun 2010. Aku tak ingat berapa hari bulan aku start blogging. Entri pertama blog nie pun aku dah delete. Hahaha! Menyesal aku delete, patutnya revert to draft jek. Haih.

Masa mula blogging dulu, aku selalu post entri pasal kehidupan harian aku. Kalau tak silap, entri pertama blog nie aku cerita pasal hari pertama aku sebagai super senior (Tingkatan 5) di sekolah. Panjang lebar aku taip, apa yang berlaku kat sekolah semua aku cerita.

Kadang-kadang sebelum nak pergi kelas tuisyen pun aku sempat lagi update blog. Post entri semata-mata nak bagitahu aku nak pergi kelas tuisyen dan homework tuisyen tak siap lagi. Dah macam update status Facebook pulak! Hihihi.

Bila dah lama sikit blogging, aku semakin jarang post entri pasal kehidupan harian aku. Padahal itulah tujuan asal aku buat blog nie. Aku dah start post entri copy paste berita dari surat khabar online, pastue semakin seronok gosip pasal artis. Ish ish! Hanyut.

Sebenarnya, aku rasa macam nak kembali semula pada tujuan asal aku buat blog nie. Ya! Aku nak cerita pasal kehidupan harian dan taip panjang lebar macam buat karangan bahasa Melayu SPM. Sebab dulu aku seronok cerita pasal nie semua dan aku rajin update blog.

Dah lah tue. Banyak assignment aku kena siapkan. Banyak teks yang aku kena terjemahkan. Oh, life as a translation and interpretation student! Homesick tak payah cerita. Kahkah!

I miss the old times, it shows how fast time really flies.

16 comments:

  1. kannn. zaman mula2 blogging comments pun banyak sekarang semua member dah malas nak blogging so comments pun takda. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Masih ingat lagi, dulu _aliahwafa_ antara rakan blogger yang rajin komen entri-entri hingusan Arol. :D

      Delete
  2. hi arol. ingt eyja lg? haha rndu jgk nk berblogging scara serius mcm dlu2. tp kekangan masa tu yang susah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eyja! Mestilah ingat rakan blogger masa zaman sekolah dulu. Hehe! :D Kekangan masa tue memang tak dapat dinafikan.

      Delete
  3. tu lah kan ..akak pun rindu jugak time mula wat blog..mula2 start dari asgment blog je ..pastu trus terjebak join segmen ,blogwalking sana sini..then skang slow down smula ..bz amat ..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kita rajin berbalas komen, akak pun rajin update blog. Tapi sekarang blog masing-masing dah sunyi sepi. Hehehe! :D

      Delete
  4. Allah, sama lah. Kadang rasa rindu sangat dengan blogger-blogger yang dulu-dulu. Satu-satu bermain dalam minda. Tapi ada yang dah stop blogging. Tapi abang arol ni tak tahu la jarang beno miza singgah teratak hijau ni. Tengok abang arol macam biasa-biasa je. Tapi dia punya info, cerita yang ditaip memang best. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue! Dah lost contact dengan rakan-rakan blogger yang kenal masa mula blogging dulu sebab ramai dah tak aktif blogging lagi. Teratak hijau nie suam-suam kuku jek. :D

      Delete
  5. done follow..nice entry..
    visit n follow my blog too at http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. #Singgah sini :) Followers2088
    Jom Follow ' me ' XD

    ReplyDelete
  7. Betul,
    Rindu gila.....
    Hmmnm. Sayang nyaaaa.
    Semua mcm dah hilang kann
    Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Ramai kawan-kawan zaman mula blogging dulu dah hilang. :'(

      Delete