Assalamualaikum. Hai semua! Malaysia Sale telah tiba! Apa lagi? Masa untuk shoppinggg!
Sesuatu yang dinantikan telah tibaaaaa iaitu Malaysia Sale! Siapa yang tak suka SALE kan? Tidak kira sama ada perempuan atau lelaki, setiap orang terutamanya kaki shopping mesti sentiasa menunggu karnival jualan murah. Pada tahun ini, mega sale kembali lagi dengan tawaran yang lebih gempak dan yang paling penting ialah harga yang jauh lebih rendah!
Kasut, baju, beg tangan, tudung, pakaian tradisional (baju melayu/baju kurung/jubah) dan banyak lagi! Baju kurung peplum pun ada! Senang cerita, macam-macam ada! :D
Kepada semua shopaholic! Bersiap sedia untuk merebut peluang bagi mendapatkan yang terbaik daripada apa yang ditawarkan. Tetapi ada sedikit pembaharuan istimewa pada tahun ini iaitu anda boleh membuat pembelian secara online! Hal ini bermakna anda tidak perlu lagi keluar ke butik atau pusat beli-belah semata-mata untuk shopping mega sale. Sebab apa? Duduk di rumah pun boleh shopping jugak! Seronok kan? ;)
Ya! Sekarang nie dah banyak blogshop dan laman web 'online shopping' di Malaysia.
Kelebihan Pembelian Secara Online (Online Shopping)
1) Lebih banyak pilihan daripada segi tawaran dan produk juga boleh didapati.
2) Lebih mudah kerana anda boleh membuat transaksi pembelian anda di tempat yang
paling selesa sekali iaitu rumah anda sendiri.
3) Menjimatkan duit anda (tidak perlu bayar duit tol, parking atau tambang pengangkutan
awam, tidak perlu mengisi minyak kenderaan - dapat mengurangkan kos sara hidup).
4) Paling best, anda tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas!
Laman web fesyen online terkemuka dan terbesar di Malaysia iaitu Zalora.my sedang mengadakan Malaysia Sale! Rasanya semua orang tahu pasal Zalora! Zalora menawarkan diskaun yang cukup menarik dan promosi yang sudah pastinya tidak mampu untuk anda abaikan! Yeahhh! Zalora menyediakan ribuan produk daripada ratusan jenama terkenal antarabangsa dan tempatan. Selain itu, produk-produk Zalora juga bermutu tinggi.
Kenapa perlu online shopping di Zalora?
Diskaun yang ditawarkan oleh Zalora boleh mencecah setinggi 70% dan anda boleh mendapatkan harga hebat tersebut pada setiap hari! Harga hebat pada setiap hari?! Wow! Bukankah ini retail therapy terbaik yang pastinya anda dapat alami?
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Layari www.zalora.com.my sekarang juga dan dapatkan segala informasi terkini tentang koleksi serta berita fesyen terbaru! (^.^)y
ZALORA : SALE! UP TO 70% OFF
jom shoppingggggggggggggggggggggggggggggggggg!
ReplyDeleteSelalu window shopping jek kat Zalora. :D
DeleteWahhhh promote2 pula ...hihih ...jdi Duta Zalora lah cemtu ....hihi
ReplyDeleteHahaha! Tak mampu rasanya nak jadi duta Zalora. :D
Deletekadang-kadang terliur jugak sale dalam zalora tapi risau size baju besar
ReplyDeleteBoleh rujuk ukuran saiz kat laman web Zalora. Tapi selalunya saiz kecil cepat habis. :(
Delete