13 June 2013

Candy Crush Saga Game Paling Manis Di Facebook

Assalamualaikum. Hai semua! Aku memang tak minat sangat main game. Tapi bila aku dah start main satu game, aku akan fokus betul-betul main game tue sampai aku naik bosan.

Candy Crush Saga. Game pertama yang aku main kat Facebook. Sebelum nie memang aku tak pernah main game pun kat Facebook. Tak berminat. Tapi setelah dihasut oleh kawan baik aku, akhirnya aku tewas jugak. So, aku cuba lah main game Candy Crush Saga nie.

game best, candy crush saga, Facebook

Memang the sweetest Facebook game ever lah! Best sangat! Sampai aku jadi ketagih, siang malam mengadap Candy Crush Saga jek. Tapi itu masa mula-mula main game nie, dalam 2 minggu kot aku ketagih. Sekarang nie dah tak ketagih lagi.

Tapi ada 2 perkara yang tak best bila main game nie. Pertama, tak naik level. Asyik duduk kat level sama jek, tak lepas-lepas. Huh. Memang bikin aku stress! Mulalah aku bengang dan cakap sorang-sorang, "Tak logik lah game nie!". Kahkahkah!

Kedua, malu nak minta 'lives' kat orang. Aku selalu minta kat kawan yang hasut aku tue jek. Tak berani nak minta kat orang lain sebab takut dorang tak suka. Tapi sekarang nie, berduyun-duyun pulak orang minta 'lives' kat aku. Penuh notification. T.T

game best, candy crush saga, Facebook

Sekarang nie, dah hampir seminggu aku tersadai kat Level 38. Hahaha! Hampir sebulan kot aku main game Candy Crush Saga nie. Rasanya cukup lah tue sebab aku macam dah bosan main game nie. Jadi... Selamat tinggal, Candy Crush Saga! (^.^)/ *lambai tangan*


Korang suka main game Candy Crush Saga tak? Dah sampai level berapa?

Setiap usaha yang baik ada halangan, setiap halangan ada pengorbanan,
dan setiap pengorbanan pasti ada kejayaan. :)

11 June 2013

Tips Blogger Berjaya Oleh Blogger Otai

Assalamualaikum. Hai semua! Wah! Sudah 26 hari rasanya aku tak update blog. Macam tak biasa pulak kan? Ingat nak genapkan 31 hari baru aku nak update blog tapi tak jadi pulak. Tetiba datang semangat berkobar-kobar aku nak update blog hingusan nie bila terbaca status Facebook 2 orang blogger otai. *Tapi tak pasti semangat nie boleh kekal berapa lama.


tips blogger berjaya, bro framestone, blogger otai
Tips Blogger BerjayaBro Framestone.


tips blogging, hasrulhassan, blogger otai
Tips BloggingBro Hasrul Hassan.


Mulai hari ini aku nak cuba amalkan tips-tips tersebut. Insyallah. Pertama, mesti buang istilah "takut nak mencuba" dalam diri dan yang kedua, simpan idea untuk buat entri dalam draft. Korang pun boleh cuba amalkan jugak! Atau korang memang dah amalkan? K. Aku jelah yang tertinggal keretapi eh, macam baru keluar dari gua jek. T.T

Buat masa nie, aku tak serius blogging. Suatu hari nanti tak tahu lah. Aku blogging sekadar suka-suka, saje nak menyemak. Tak femes pun tak kisah, janji hati aku puas. :)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan, berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse.

P/S: Header baruuuuu! ;)