03 December 2013

Merantau Dari Selatan Ke USM

Assalamualaikum. Hai semuaaaaa! Alhamdulillah. Sudah genap tiga bulan aku bergelar seorang mahasiswa. Dalam entri Allah Merancang Dengan Penuh Cinta aku beritahu yang aku dapat tawaran sambung belajar di IPTA. Ada yang bertanya, kos apa dan universiti mana? Maka hari nie aku akan beritahu. Sekarang nie aku sedang menuntut ilmu di... *drum roll*


USM, Universiti Sains Malaysia, APEX University
Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, Pulau Pinang.
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Terjemahan dengan Interpretasi



USM, BATI, bati usm, Sastera

Terima kasih, USM kerana memilih diriku! *terharu* Hiks. :D


BATI, USM, bati usm, Translation, Interpretation

Well known as BATI (Bachelor of Arts in Translation with Interpreting).



Kos BATI nie cuma ada di USM sahaja ya! Setiap tahun pengambilan pelajar untuk kos nie pun tak ramai. Sebagai contoh, batch aku 2013/2014 cuma 42 orang jek. 6 orang lelaki dan separuh daripadanya adalah pelajar berbangsa Cina. Kos nie tak popular sangat kot. Senior USM pun ada yang terkejut bila aku beritahu aku pelajar kos BATI. "Haaa, BATI? Kos apa tue?" Ergh!


Aku tak sangka boleh dapat kos nie. Aku nak Sastera Tulen sebenarnya, nanti boleh ambil major bahasa Melayu. Aku kan memang minat bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi. Tetapi aku rasa BATI lagi best! Even this course is quite challenging for me, but insyallah I'll try my best!




Kalau ada apa-apa soalan nak tanya tentang kos BATI, boleh PM aku di Facebook. Aku akan cuba bantu setakat mana yang aku tahu. Okay?


Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, bukan kerana
kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana Allah tahu kita
berhak memiliki sesuatu yang lebih baik daripada itu. :)