Assalamualaikum. Hai semua! Dah lama aku tak update blog, bukan sebab malas tapi internet tetiba buat hal. Menguji kesabaran betul! Padahal internet buat hal 2 hari jek. Hikhik.

AAARGHHHHH! *baling tetikus ke dinding*
Internet buat hal sebab telefon rumah ada masalah. Biasalah tue kan. Rabu malam tetiba bermasalah, awal pagi Khamis tue cepat-cepat aku call TM buat report. Internet punya pasal, laju jek report kan. Kihkih. Alhamdulillah, malam semalam dah elok.
Sepanjang ketiadaan internet, aku tengok tv sambil makan jelah. Channel baru Astro Lifetime tue banyak cerita best weh! Bila dah bosan, aku kacau kucing-kucing tidur pulak. Sesekali aku on netbook, mana tahu kot-kot internet dah okay. Hahaha!
Bagi seorang penganggur yang sedang bercuti panjang macam aku nie, memang bosan bila takde internet. Sebab internet tue dah jadi macam bestfriend forever aku. Cewah! :D
Korang pulak macam mana bila takde internet? Bosan? Atau okay jewww?
Angah: Macam mana hidup tanpa internet?
Aku: Alhamdulillah, I'm still alive. :)
Angah: Jadi, bolehlah potong terus internet tue.
Aku: K. T____________T
Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan,
tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.