21 January 2015

Arol Dah Tak Homesick!

Assalamualaikum. Hai semua! Aku dah ada kat rumah. Arol dah tak homesick sebab sekarang nie tengah cuti semester. Bestnyaaa weh duduk kat rumah! Home is where the heart is.

Alhamdulillah. Aku dah selamat sampai Melaka pada hari Rabu minggu lepas pukul 6.50 petang. Kali pertama aku balik waktu siang. Boleh tahan best jugak balik waktu siang. Sesekali nak tukar angin sebab asyik balik malam jek kan. Saje nak cari pengalaman baru.


home, love, home quote, life, quotes

What I love most about my home is who I share it with. 


Sejak sampai rumah hari tue tak sempat nak update blog sebab sibuk qada' tidur (qada' bila punya entah sebab kat USM pun aku asyik tidur jek) dan melayan Pak Aji Comel. Cuti semester kali nie aku kena jadi assistant babysitter. Pak Aji Comel asyik mintak dukung jek sampai lenguh tangan. Tetapi aku rasa nak gigit-gigit jek bila tengok dia senyum, ketawa atau tidur. Omey angat!

Sekejap jek dah seminggu aku kat rumah. Nie kalau kat USM nak tunggu habis seminggu rasa macam sebulan kau tahu tak kecuali kalau nak kena hantar assignment. Itu dua hari rasa macam dua jam jek. Well, suka buat kerja saat-saat akhir. Huh.

Baiklah. Aku nak sambung nikmati kebahagiaan di rumah sepuas-puasnya.

Where we love is home; home that our feet may leave, but not our hearts. :)

8 comments:

  1. Replies
    1. Kebahagiaan yang tidak terkata. Hehe! :D

      Delete
  2. jangan terlalu menikmati sangat sehingga lupa nak update blog ya arol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah terlampau nikmat sampai tak heran dengan blog. :D

      Delete
  3. hahaha..nikmat tidur kat rumah ni kalah tidur hotel 5 bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue, kak Sal! Nikmat tue hanya kita jek yang tahu. :D

      Delete
  4. Hahahahaha Arol still homesick keeeeeeeeeeeeeeeeee ni ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semester nie dah kurang sikit homesick. :D

      Delete