29 June 2013

Tanpamu Hidupku Tak Keruan!

Assalamualaikum. Hai semua! Dah lama aku tak update blog, bukan sebab malas tapi internet tetiba buat hal. Menguji kesabaran betul! Padahal internet buat hal 2 hari jek. Hikhik.

internet, wifi
AAARGHHHHH! *baling tetikus ke dinding*


Internet buat hal sebab telefon rumah ada masalah. Biasalah tue kan. Rabu malam tetiba bermasalah, awal pagi Khamis tue cepat-cepat aku call TM buat report. Internet punya pasal, laju jek report kan. Kihkih. Alhamdulillah, malam semalam dah elok.

Sepanjang ketiadaan internet, aku tengok tv sambil makan jelah. Channel baru Astro Lifetime tue banyak cerita best weh! Bila dah bosan, aku kacau kucing-kucing tidur pulak. Sesekali aku on netbook, mana tahu kot-kot internet dah okay. Hahaha!

Bagi seorang penganggur yang sedang bercuti panjang macam aku nie, memang bosan bila takde internet. Sebab internet tue dah jadi macam bestfriend forever aku. Cewah! :D


Korang pulak macam mana bila takde internet? Bosan? Atau okay jewww?


Angah: Macam mana hidup tanpa internet?
Aku: Alhamdulillah, I'm still alive. :)
Angah: Jadi, bolehlah potong terus internet tue.
Aku: K. T____________T

Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan,
tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

P/S: Jom tengok! Arol Mubin Dalam Oh My English! Musim Ke-2. 

19 June 2013

Arol Mubin Dalam Oh My English! Musim Ke-2

Assalamualaikum. Hai semua! Arol Mubin dalam Oh My English! Musim Ke-2? Oh myyy? Rasa macam tak percaya jek. Rasa macam mimpi menjadi realiti. Hahaha! Nah! Korang boleh tengok bukti. Arol Mubin dalam Oh My English! Musim Ke-2 pada 9 Jun lepas. :D


oh my english, zain saidin, izara aishah, jibam
Nampak tak? Kahkahkahkahkah! 


Tweet jek punnnnn! Tapi bajet macam aku berlakon dalam Oh My English! jek. Hahahaha! Minta maaf sebab entri ini berunsur gebang dan gayat sikit banyak. Harap tak menyampah bila baca. Sesekali aku pun nak jugak buat entri feeling-feeling retisssss. Hehehe! :p


oh my english, rindu, twitter, tweet, tabah
Tweet original.


Bila tengok twitcon tue, terasa macam retis jek sebab ada orang makeup kan aku. Hahahaha! Gambar tue masa aku join pertandingan teater pra-universiti peringkat negeri.



By the way, aku dah buat akaun baru Twitter (selepas 4 bulan deactivate akaun lama). Jemput follow kalau berkenan! Sekarang dah tak jadi 'hantu tweet' lagi, dah insaf. Sobs sobs. T.T

Dunia ini ibarat pentas lakonan, dan kita adalah pelakonnya. Oleh itu, berlakonlah dengan baik agar kita mendapat 'trofi Syurga' di hari penganugerahan kelak. :)

17 June 2013

Janggut Lelaki

Assalamualaikum. Salam sejahtera! :)

janggut, sunnah, Rasulullah

Aku selalu dengar orang perempuan cakap, dorang geli tengok janggut lelaki. Lebih-lebih lagi kalau janggut  yang tebal dan panjang. Mungkin dorang ada alasan tersendiri. Tapi rasanya ada jugak perempuan yang suka. Bagi aku, lelaki berjanggut nampak kacak. Cool. Lagi pun, simpan janggut nie kan salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Teringat masa balik kampung awal bulan hari tue, sepupu aku yang darjah 4 cakap kat aku, "Eeeeeee, ada janggut lah!". Hahahaha. Tapi janggut aku nipis jek. Takpe, simpan sikit-sikit, lama-lama nanti dapatlah janggut macam Ustaz Azhar Idrus. Hehehe.


Apa pendapat korang tentang janggut lelaki?

Lelaki, korang ada simpan janggut tak?
Perempuan, korang suka tak lelaki yang berjanggut?

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiaannya. :)

13 June 2013

Candy Crush Saga Game Paling Manis Di Facebook

Assalamualaikum. Hai semua! Aku memang tak minat sangat main game. Tapi bila aku dah start main satu game, aku akan fokus betul-betul main game tue sampai aku naik bosan.

Candy Crush Saga. Game pertama yang aku main kat Facebook. Sebelum nie memang aku tak pernah main game pun kat Facebook. Tak berminat. Tapi setelah dihasut oleh kawan baik aku, akhirnya aku tewas jugak. So, aku cuba lah main game Candy Crush Saga nie.

game best, candy crush saga, Facebook

Memang the sweetest Facebook game ever lah! Best sangat! Sampai aku jadi ketagih, siang malam mengadap Candy Crush Saga jek. Tapi itu masa mula-mula main game nie, dalam 2 minggu kot aku ketagih. Sekarang nie dah tak ketagih lagi.

Tapi ada 2 perkara yang tak best bila main game nie. Pertama, tak naik level. Asyik duduk kat level sama jek, tak lepas-lepas. Huh. Memang bikin aku stress! Mulalah aku bengang dan cakap sorang-sorang, "Tak logik lah game nie!". Kahkahkah!

Kedua, malu nak minta 'lives' kat orang. Aku selalu minta kat kawan yang hasut aku tue jek. Tak berani nak minta kat orang lain sebab takut dorang tak suka. Tapi sekarang nie, berduyun-duyun pulak orang minta 'lives' kat aku. Penuh notification. T.T

game best, candy crush saga, Facebook

Sekarang nie, dah hampir seminggu aku tersadai kat Level 38. Hahaha! Hampir sebulan kot aku main game Candy Crush Saga nie. Rasanya cukup lah tue sebab aku macam dah bosan main game nie. Jadi... Selamat tinggal, Candy Crush Saga! (^.^)/ *lambai tangan*


Korang suka main game Candy Crush Saga tak? Dah sampai level berapa?

Setiap usaha yang baik ada halangan, setiap halangan ada pengorbanan,
dan setiap pengorbanan pasti ada kejayaan. :)

11 June 2013

Tips Blogger Berjaya Oleh Blogger Otai

Assalamualaikum. Hai semua! Wah! Sudah 26 hari rasanya aku tak update blog. Macam tak biasa pulak kan? Ingat nak genapkan 31 hari baru aku nak update blog tapi tak jadi pulak. Tetiba datang semangat berkobar-kobar aku nak update blog hingusan nie bila terbaca status Facebook 2 orang blogger otai. *Tapi tak pasti semangat nie boleh kekal berapa lama.


tips blogger berjaya, bro framestone, blogger otai
Tips Blogger BerjayaBro Framestone.


tips blogging, hasrulhassan, blogger otai
Tips BloggingBro Hasrul Hassan.


Mulai hari ini aku nak cuba amalkan tips-tips tersebut. Insyallah. Pertama, mesti buang istilah "takut nak mencuba" dalam diri dan yang kedua, simpan idea untuk buat entri dalam draft. Korang pun boleh cuba amalkan jugak! Atau korang memang dah amalkan? K. Aku jelah yang tertinggal keretapi eh, macam baru keluar dari gua jek. T.T

Buat masa nie, aku tak serius blogging. Suatu hari nanti tak tahu lah. Aku blogging sekadar suka-suka, saje nak menyemak. Tak femes pun tak kisah, janji hati aku puas. :)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan, berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse.

P/S: Header baruuuuu! ;)